Sebagai tanda penghargaan atas usaha anda, nikmati bonus RM50 jika anda menyelesaikan minimum 24 Shopee DPT job sebulan.
Syarat-Syarat Kelayakan:
- Berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 24 Shopee DPT job dalam bulan kalendar tersebut.
- Sekiranya anda memilih untuk meletak jawatan sebagai Shopee DPT, anda akan hilang kelayakan untuk menikmati bonus secara kekal.
- Sila ambil perhatian bahawa pengagihan kerja adalah tertakluk kepada ketersediaan syif di hab dan ia tidak menjejaskan syarat kelayakan ini. Bonus tidak akan diberikan sekiranya anda tidak berjaya menyelesaikan minimum 24 Shopee DPT job disebabkan oleh kekurangan syif.
- Mengekalkan Completion Rate 90% ke atas sepanjang bulan kalendar tersebut.
- Tidak mempunyai sebarang Active Demerit Point atau laporan daripada Poster untuk Shopee job sepanjang bulan kalendar tersebut.
Pembayaran Bonus:
Bonus RM50 akan dikreditkan ke akaun GoGetter yang layak selewat-lewatnya pada 14 haribulan berikutnya mengikuti kitaran pembayaran Shopee.
Soalan Lazim:
-
Bagaimana jika saya tidak mencapai 24 Shopee DPT job kerana hab saya tidak mempunyai syif yang mencukupi untuk saya?
- Pengagihan syif tidak menjejaskan syarat kelayakan ini. Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi disebabkan oleh kekurangan syif, bonus tidak akan diberikan.
-
Adakah saya masih layak mendapat bonus jika saya berhenti sebagai GoGetter Shopee DPT?
- Harap maklum bahawa peletakan jawatan daripada Shopee DPT akan mengakibatkan kehilangan kelayakan kekal untuk bonus ini.
-
Bilakah saya akan menerima bonus Shopee DPT?
- Bonus ini akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025. Jadi, anda perlu menyelesaikan minimum 24 Shopee DPT job pada bulan Mei 2025 untuk menikmati bonus RM50 yang akan dikreditkan ke akaun anda selewat-lewatnya pada 14 Jun 2025.
Terma & Syarat:
Kelayakan GoGetter:
- Program bonus ini hanya layak untuk GoGetter Shopee DPT yang telah mendaftar sebelum 1 April 2025.
Tanggungjawab GoGetter:
- GoGetter bertanggungjawab untuk memastikan mereka memenuhi semua kriteria kelayakan dan mematuhi terma dan syarat program bonus ini.
- Sebarang pertanyaan mengenai program ini hendaklah diajukan kepada GoGet Team.
Hak GoGet:
- GoGet berhak untuk mengaudit atau menahan bonus sekiranya terdapat sebarang aktiviti penipuan atau pelanggaran terma platform.
- GoGet berhak untuk mengubah atau menamatkan program bonus ini mengikut budi bicara dengan notis awal kepada GoGetter.
- Sekiranya berlaku pertikaian, keputusan GoGet adalah muktamad dan mengikat.
Comments
0 comments
Article is closed for comments.