Program Insentif GoGetter direka untuk memberi ganjaran kepada GoGetter yang ditakrifkan sebagai GoGetter aktif dengan Completion Rate (Kadar Pelengkapan) yang baik.
Contoh Program Insentif GoGetter: -
1. Apakah peringkat insentif saya pada 22/1?
Anda berada di peringkat insentif Silver kerana anda telah memenuhi kriteria berikut:-
✅ Mempunyai Completion Rate >= 90%
✅ Pendapatan >= RM160 dalam tempoh 7 hari yang lepas
2. Berapa peratusan insentif yang akan saya terima?
Anda akan menerima 4% Helper Insentive atau 1% Delivery Insentive untuk job baru yang DITUNTUT semasa berada di peringkat insentif Silver.
3. Bagaimana saya boleh menyemak jumlah (RM) insentif yang akan saya terima untuk satu job?
Mudah! Insentif anda dipaparkan di "Total Earnings" anda (sebelum tuntutan) jika anda layak untuk menerima insentif.
Contoh:
4. Bila insentif dibayar?
Insentif akan ditambahkan ke penyata pembayaran anda setelah anda menyelesaikan kerja. Anda akan dibayar mengikut GoGet Payment Cycle.
Terma dan syarat Program Insentif GoGetter:
1. Kelayakan:
1.1 Program Insentif GoGetter terbuka kepada semua GoGetter yang memenuhi kriteria kelayakan, berdasarkan sasaran pendapatan & Completion Rate seperti yang dinyatakan dalam halaman "GoGetter Incentive" dalam aplikasi GoGetter.
1.2 Untuk kerja Helper dengan berbilang syif, semua syif mesti diselesaikan untuk menikmati insentif bagi kerja tersebut. Sebarang pembatalan (cancellation) syif akan menyebabkan kerja tersebut tidak layak dimasukkan dalam pengiraan insentif.
- 2. Maklumat Insentif:
2.1 Insentif yang ditawarkan adalah bonus kewangan berdasarkan peringkat insentif (%) GoGetter dan tidak boleh ditukar dengan hadiah atau ganjaran lain seperti kad hadiah, wang tunai, dan sebagainya.
2.2 Nilai dan sifat insentif tertakluk kepada perubahan atas budi bicara tunggal GoGet.my.
3. Penamatan atau Pengubahsuaian:
3.1 GoGet.my berhak untuk mengubah, menangguhkan, atau menghentikan program ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
4. Maklumat Penghubungan:
Untuk pertanyaan atau maklum balas mengenai Program Insentif GoGetter, sila hubungi kami melalui Help&Support dari aplikasi GoGetter.
Dengan menyertai Program Insentif GoGetter, peserta bersetuju untuk mengikuti terma dan syarat ini. Dalam sebarang pertikaian mengenai Terma & Syarat Program Insentif GoGetter antara GoGet dan GoGetter, GoGet mempunyai keputusan akhir mengenai kelayakan GoGetter untuk mendapat insentif.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.