ENG
To maintain full transparency with our community, we use a dedicated System Status Page to share real-time updates regarding our platform's performance and any ongoing technical issues.
👉 View Live Status Here: GoGet InStatus Page
At GoGet, we are committed to providing you with a seamless and reliable experience, whether you are hiring part-timers, managing operations via our API or finding jobs on GoGet-FindJobs.
Why Do We Have a System Status Page?
We know how much your business and daily income rely on GoGet. We provide this status page to:
Give You Real-Time Transparency: Instantly check if a service disruption is an isolated issue or a known platform-wide event.
Keep You Informed: Reduce uncertainty by providing clear timelines and steps being taken by our technical team to resolve issues.
Saves You Time: Instead of waiting to get through to our support team, you can quickly check if we are already working on a fix.
What We Monitor
Our Engineering team continuously monitors the health of all core GoGet services, including:
GoGet API
GoGet-FindJobs App (Android)
GoGet-FindJobs App (iOS)
If you are experiencing issues with any of these services, your first step should always be to check our live status page.
Our Incident Management Flow
When an issue arises, our Engineering team follow a strict, step-by-step incident response flow to get things back to normal as quickly as possible. You will see these exact stages updated in real-time on our status page:
Investigating
Our teams have been alerted to an anomaly or disruption. We are actively investigating the root cause to understand what is affected and why.Identified
We have successfully pinpointed the exact issue or problem part. Our engineering team is now actively deploying a fix or workaround.Monitoring
The fix has been implemented! We enter a monitoring phase where our Engineering team closely watches the system to ensure performance is completely stable and the issue does not return.Resolved
The system is officially back to 100% operational capacity. The incident is marked as closed.
Need Further Help?
If the GoGet Status Page shows all systems are operational ("Operational"), but you are still experiencing an issue, please try restarting your app or clearing your browser cache. If the problem persists, feel free to reach out to our Support Team via the Help Center.
__________________________________
BM
Bagi mengekalkan ketelusan sepenuhnya dengan komuniti kami, kami menyediakan Halaman Status Sistem khas untuk berkongsi kemas kini masa nyata (real-time) mengenai prestasi platform kami dan sebarang isu teknikal yang sedang berlaku.
👉 Lihat Status Semasa Di Sini: Halaman InStatus GoGet
Di GoGet, kami komited untuk memberikan anda pengalaman yang lancar dan boleh dipercayai, sama ada anda sedang menggaji pekerja sambilan, menguruskan operasi melalui API kami atau mencari kerja di aplikasi GoGet-FindJobs.
Mengapa Kami Menyediakan Halaman Status Sistem?
Kami memahami betapa pentingnya GoGet terhadap perniagaan dan pendapatan harian anda. Kami menyediakan halaman status ini untuk:
Memberikan Ketelusan Masa Nyata: Semak dengan serta-merta sama ada gangguan perkhidmatan yang berlaku adalah isu terpencil atau masalah menyeluruh yang sudah diketahui pada platform.
Memastikan Anda Sentiasa Maklum: Mengurangkan ketidakpastian dengan menyediakan garis masa dan langkah-langkah jelas yang sedang diambil oleh pasukan teknikal kami untuk menyelesaikan isu tersebut.
Menjimatkan Masa Anda: Daripada menunggu maklum balas daripada pasukan sokongan (support) kami, anda boleh menyemak dengan cepat sama ada kami sudah pun mula membaiki isu tersebut.
Apa Yang Kami Pantau?
Engineering team kami sentiasa memantau kesihatan semua perkhidmatan teras GoGet secara berterusan, termasuk:
GoGet API
Aplikasi GoGet-FindJobs (Android)
Aplikasi GoGet-FindJobs (iOS)
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan mana-mana perkhidmatan ini, langkah pertama anda adalah sentiasa menyemak halaman status sistem kami.
Aliran Pengurusan Insiden Kami
Apabila sesuatu isu berlaku, Engineering team GoGet akan mengikut aliran tindak balas insiden yang ketat langkah demi langkah untuk memulihkan keadaan secepat mungkin. Anda akan melihat status ini dikemas kini secara masa nyata di halaman status kami:
Investigating (Dalam Siasatan)
Pasukan kami telah dimaklumkan tentang gangguan atau kejanggalan sistem. Kami sedang aktif menyiasat punca utama untuk memahami bahagian mana yang terjejas dan mengapa ia berlaku.Identified (Telah Dikenal Pasti)
Kami telah berjaya mengenal pasti punca sebenar atau bahagian yang bermasalah. Engineering team GoGet kini sedang giat melaksanakan langkah penyelesaian atau alternatif sementara.Monitoring (Dalam Pemantauan)
Langkah penyelesaian telah dilaksanakan! Kami kini memasuki fasa pemantauan di mana Engineering team GoGet memerhati sistem dengan teliti bagi memastikan prestasi kembali stabil sepenuhnya dan isu tersebut tidak berulang.Resolved (Selesai)
Sistem disahkan telah kembali beroperasi 100% seperti biasa. Kes insiden ini ditutup secara rasmi.
Perlukan Bantuan Lanjut?
Jika Halaman Status GoGet menunjukkan semua sistem berfungsi dengan baik ("Operational"), tetapi anda masih menghadapi masalah, sila cuba mulakan semula (restart) aplikasi anda atau padamkan cache pelayar internet (browser cache) anda. Jika masalah masih berterusan, sila hubungi Support team GoGet melalui Help Center.
Comments
0 comments
Please sign in to leave a comment.