Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
PekerjaGig adalah individu yang terlibat untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja melalui platform penyedia perkhidmatan atas aplikasi digital untuk mendapat upah. Contoh: GoGet. Rujuk Lampiran.
Program SPS Padanan Caruman merupakan inisiatif Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2022 di bawah SKSPS kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS).
Mekanisma Pelaksanaan (Program ini tamat pada 31 Disember 2022)
SPS Padanan Caruman ialah pembiayaan padanan caruman di mana OBS hanya perlu membayar sebanyak 20% (RM46.60) sahaja daripada kadar caruman RM 232.80 di bawah Pelan Caruman dua (2). OBS layak diberi perlindungan selama 12 bulan (1 tahun) selepas bayaran tersebut diterima. Baki bayaran 80% (RM186.20) akan dibiayai oleh Kerajaan.
|
|
|
Pelan 2 (RM232.80) |
|
|
Syarat-syarat yang melayakan OBS bagi mendapatkan manfaat di bawah program ini adalah seperti berikut:
- Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
- Bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau agensi kerajaan.
- Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
- Perlindungan SKSPS di bawah program ini adalah ditetapkan di bawah Pelan 2 sahaja dengan perlindungan selama setahun.
- OBS yang bekerja di Malaysia.
Comments
0 comments
Please sign in to leave a comment.