Kenyataan saya berwarna hijau tetapi tidak menerima pembayaran pada hari pembayaran.
1. Butiran bank tidak sah
- Mungkin butiran bank anda salah dan pembayaran gagal. Anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi dalam masa 3 hari berkerja dari hari pembayaran untuk mengemaskini butiran bank anda.
- Klik sini untuk langkah-langkahnya.
Selepas anda mengemaskini, anda perlu menunggu sehingga hari pembayaran seterusnya untuk menerima pembayaran.
2. Pembayaran ditahan untuk siasatan kerja semak
Anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi mengenai status pembayaran yang ditangguhkan sementara.
Sebab-sebab siasatan kerja:
a. Masalah kerja (contohnya, barang rosak sewaktu penghantaran)
b. Yuran kerja memerlukan penyesuaian (contohnya, syif yang tidak lengkap)
c. Semakan kehadiran oleh Poster
Siasatan mengambil masa antara 5-7 hari berkerja dan anda akan menerima pembayaran selepas itu.
Soalan lazim:
1. Saya tidak tahu kerja mana yang ada masalah, apakah yang boleh saya lakukan?
Pasukan Sokongan kami akan menghubungi anda dalam masa 1-3 hari berkerja dari hari kitaran pembayaran. Sila semak WhatsApp anda dan balas dengan segera supaya kami dapat membantu anda untuk menyelesailan siasatan dan membebaskan pembayaran anda dengan lebih cepat.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.