Untuk proses pengesahan, anda dikehendaki untuk muat naik dokumen-dokumen berikut dan mengisi butiran tertentu:
- Salinan kad pengenalan/pasport anda
- Hanya gambar asal kad pengenalan atau pasport yang dibenarkan.
- Semua butiran pada gambar kad pengenalan/pasport perlu jelas dan tiada pantulan cahaya atau hologram.
- Tarikh luput ditunjukkan dalam gambar pasport. (*Jika pasport telah tamat tempohnya, sila muat naik gambar pasport terkini.)
- Jangan muat naik gambar profil sebagai gambar untuk kad pengenalan atau pasport.
2. Gambar profil - Jelas dengan gangguan yang minima di latar belakang.
- Jangan memakai cermin mata hitam, topi, atau topeng.
- Gambar diambil dari bahu ke atas.
- Jangan gunakan gambar IC sebagai gambar profil.
- Nama
-
Sila ikuti NAMA PENUH pada ID anda, termasuk aksara seperti @-',/.
- Kalau ejaan dalam IC ialah "Binti" pastikan anda isi "Binti" dan bukan "BT"
-
Jangan gunakan nama samaran atau singkatan peribadi anda.
- Nombor ID
- Masukkan nombor ID atau nombor pasport anda dengan tepat seperti pada kad pengenalan/pasport anda.
Jika pengesahan anda ditolak dan anda nampak gambar di bawah ini. Sila jangan panik dan hantar semula dokumen anda dengan mengklik "UPDATE NOW".
Pengesahan akan mengambil masa maksimum 48 jam dan kami menghargai kesabaran anda.
Anda akan menerima pemberitahuan dorongan apabila pengesahan berjaya dan anda akan dapat mengakses "Find job" semula.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.