1. Di mana saya boleh cari Ops ID saya?
Anda boleh menyemak Ops ID anda melalui pautan berikut:
Last Mile (LM)
- Semak Ops ID anda dalam senarai LM yang disediakan oleh GoGet Team dalam whatsapp Group atau [TEKAN SINI]
First Mile (FM)
- Semak Ops ID anda dalam senarai FM yang disediakan oleh GoGet Team whatsapp Group atau [TEKAN SINI]
Pastikan anda mencari nama dan maklumat anda dalam senarai yang betul (LM atau FM) berdasarkan lokasi kerja yang telah ditetapkan.
2. Kenapa saya tidak dapat cari Ops ID saya?
Terdapat beberapa kemungkinan:
Ops ID anda masih belum dicipta
- Ops ID biasanya akan dikeluarkan selewat-lewatnya 3 jam sebelum waktu mula kerja anda.
- Jika kerja anda masih belum bermula, sila tunggu sehingga tempoh tersebut.
Terdapat isu semasa proses penciptaan Ops ID
Antara sebab yang biasa berlaku ialah:
- Anda masih berdaftar di bawah agensi lain.
- Maklumat peribadi yang diberikan tidak lengkap atau tidak tepat.
- Terdapat isu pengesahan data dalam sistem.
Jika masalah berterusan, sila hubungi pihak admin untuk semakan lanjut.
3. Bolehkah saya guna Ops ID lama dari bulan lepas?
Tidak digalakkan.
Sila semak Ops ID terkini yang disenaraikan kerana:
- Ops ID anda mungkin telah dikaitkan dengan hub yang berbeza.
- Anda mungkin pernah bekerja di lokasi lain sebelum ini.
- Ops ID baharu mungkin telah dijana untuk kempen atau penugasan semasa.
Sentiasa gunakan Ops ID yang terkini untuk mengelakkan sebarang masalah semasa daftar masuk kerja.
4. Apa yang perlu saya buat jika kerja saya akan bermula tidak lama lagi tetapi saya masih tidak mempunyai Ops ID?
Kecuali jika pihak admin telah mengesahkan bahawa anda boleh bekerja sebagai offline sorter (kebiasaannya semasa tempoh kempen yang sibuk), anda perlu:
- Membatalkan kerja tersebut.
- Pilih alasan pembatalan:
"Job is not required / Supervisor cancelled my shift"
Ini bagi mengelakkan sebarang isu kehadiran atau rekod kerja yang tidak lengkap.
Perkara Penting untuk Diingati
✅ Claim job lebih awal supaya ops ID anda tersedia awal
✅ Semak Ops ID anda lebih awal sebelum hari bekerja.
✅ Pastikan maklumat peribadi anda lengkap dan tepat bagi mengelakkan kelewatan penciptaan Ops ID.
✅ Hubungi pihak admin sekiranya anda menghadapi sebarang isu berkaitan Ops ID.
Terima kasih dan selamat bertugas! 🎉
Comments
0 comments
Article is closed for comments.