1. Bagaimana saya boleh menyemak kehadiran saya di hub?
Anda boleh menyemak rekod kehadiran anda 24 jam selepas syif anda tamat.
Jika kehadiran anda tidak direkodkan, atau ditandakan sebagai:
- RD (Rest Day)
- OD (Off Day)
- PH (Public Holiday)
- MIA (Missing in Action)
Ini bermakna anda tidak mempunyai rekod kehadiran yang sah untuk syif tersebut. Sila hubungi Penyelia Hub anda dengan segera untuk membetulkan rekod kehadiran anda.
Sekiranya rekod kehadiran anda telah dikemas kini dengan betul dalam laporan kehadiran, bayaran anda akan diproses dan dibayar pada hari Rabu berikutnya.
Cara menyemak kehadiran:
- Klik pautan yang berkaitan di bawah.
- Pergi ke tab mengikut bulan anda bekerja.
- Semak sama ada kehadiran anda telah direkodkan dengan betul.
📍 Rekod Kehadiran & Pembayaran
2. Gaji saya tak dapat lagi. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika anda masih belum menerima bayaran, sila:
- Buka sheet rekod kehadira: SPX LM atau SPX FM
- Pergi ke tab "Payment on Hold".
- Semak arahan yang tertera di ruangan "GoGetter to Do".
- Ikuti arahan yang dinyatakan dalam Google Sheet.
3. Saya sudah berjumpa dengan penyelia hub (Hub Supervisor). Apa tindakan saya seterusnya?
Selepas Hub Supervisor menghantar permohonan backpay anda, anda boleh menyemak statusnya di tab "Live Backpay Tracker".
Sila rujuk arahan yang disediakan dalam Google Sheet untuk melihat status terkini dan tindakan lanjut sekiranya diperlukan.
✅ Tips untuk Memastikan Anda Menerima Bayaran Tepat pada Masanya
- Kehadiran hanya sah jika Attendance SPX & Location Tracker GoGet = TRUE.
- Kedua-dua Clock In dan Clock Out mesti dilakukan di Hub menggunakan peranti biometrik.
- Aktifkan Location Tracker dalam app GoGetter.
- Tiada rekod dalam laporan SPX = Tiada pembayaran daripada GoGet.
- Sila pastikan PIC/Supervisor hub merekod OT anda supaya GoGet dapat menerima report OT anda untuk pembayaran.
- SOP baharu untuk FM Hubs: Pastikan anda pilih event yang betul semasa check-in dan check-out biometrik.
- PENTING: Tiada bayaran jika tidak check in dan check out before biometric warehouse dan jika tidak start atau end job di aplikasi GoGetter
Comments
0 comments
Article is closed for comments.