Kami memahami kesulitan yang disebabkan oleh pembatalan. Jangan risau, Completion Rate anda tidak terjejas dalam keadaan seperti ini.
Apabila job dibatalkan oleh Poster, Poster akan dikenakan bayaran pembatalan dan anda akan menerima jumlah penuh bayaran pembatalan sebagai pampasan (compensation) untuk masa dan usaha anda.
Bagaimanakah saya layak untuk mendapat pampasan?
1. Anda mesti memulakan kerja (dengan klik Start job) dalam aplikasi GoGetter.
2. Poster mesti telah membatalkan job lebih dari lima (5) minit selepas anda memulakannya.
3. Anda mesti dalam perjalanan ke lokasi pick up. (Berdasarkan sistem penjejakan lokasi kami)
Penyata anda akan dikemas kini dengan pampasan jika anda layak.
Poster membatalkan job dan saya tidak menerima pampasan. Mengapa saya tidak menerima pampasan?
Berikut adalah beberapa sebab yang mungkin.
1. Anda belum klik Start job dalam aplikasi GoGetter.
2. Poster membatalkan job dalam lima (5) minit selepas anda memulakannya.
3. Anda belum bergerak ke arah lokasi lokasi pick up. Lokasi anda tidak dapat dikesan oleh sistem kami.
Jika job dibatalkan oleh GoGetter, GoGetter boleh melaporkan job tersebut untuk meminta bantuan dari pasukan Support.
Jika anda ingin berkongsi maklum balas dengan kami, sila kemukakan maklum balas anda menggunakan ciri Share Feedback dalam aplikasi GoGetter.
Kami berharap untuk terus memperbaiki dasar pampasan kami sebagai penghargaan kepada semua GoGetter.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.