Di GoGet, semua pengguna perlu hormat-menghormati dan mengamalkan komunikasi yang telus setiap masa. Malangnya, kadang-kadang terdapat keadaan yang tidak dijangka berlaku semasa GoGetter menjalankan job. Sebagai penyedia platform, keutamaan kami adalah memastikan anda diberi pampasan dengan adil akibat daripada situasi tersebut.
Dalam situasi apakah yang boleh saya tuntut pampasan?
- Poster membatalkan Delivery job selepas saya memulakannya
- Poster membatalkan Helper job
- (Akan datang) I travelled an extra distance and want to seek compensation.
- (Akan datang) I had to wait longer at the locations and want to seek compensation
Syarat-syarat kelayakan untuk menerima tuntutan pampasan:
- Anda melaporkan dalam tempoh 48 jam atau kurang.
- Anda menyediakan tangkapan skrin perbualan antara anda dan Poster untuk memastikan Poster mengesahkan masalah tersebut, contohnya alamat yang salah atau penerima tiada di rumah.
- Anda menyediakan dokumen sokongan atau bukti seperti:
- Bukti pemulangan
- Bukti item bersaiz besar/berat berlebihan
- Bukti Poster mengakui isu tersebut
- Tangkapan skrin perbualan antara anda dan penerima
- Tangkapan skrin Google Maps atau Waze jika anda telah menempuh jarak tambahan
- Tangkapan skrin waktu daftar masuk dan daftar keluar sekiranya berlaku kerja lebih masa
Sebab Tuntutan Pampasan Anda Mungkin Ditolak
- Job masih dalam status “Claim” (belum diluluskan).
- Tidak memulakan kerja dalam aplikasi sebelum kerja dibatalkan. (*Tidak termasuk untuk job Helper)
- Maklumat, dokumen sokongan atau bukti yang tidak mencukupi: Contohnya, kegagalan untuk menyediakan bukti yang diperlukan seperti bukti pemulangan atau tiada data lokasi yang direkodkan dalam sistem GoGet, yang menyebabkan keputusan yang tepat tidak dapat dibuat.
- Laporan dibuat 48 jam selepas kejadian.
- GoGetter melaporkan dengan alasan laporan yang salah. Walau bagaimanapun, GoGetter dibenarkan untuk menghantar semula laporan dengan alasan yang betul dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.
- Bertindak tanpa pengesahan daripada Poster: Contohnya, apabila GoGetter tiba di tempat penghantaran dan penerima tiada di lokasi. Kemudian, GoGetter meneruskan pemulangan atau penghantaran ke alamat sebenar atau lokasi baru tanpa mendapatkan pengesahan daripada Poster.
- Memulakan job tanpa penjelasan mengenai skop kerja.
- Job dilaporkan melalui saluran lain : Contohnya, kiriman di Facebook atau Messenger. Laporan melalui GoGet Helpline/WhatsApp tidak akan diterima sebagai laporan rasmi untuk pampasan.
- Job mempunyai masalah sedia ada disebabkan GoGetter melanggari peraturan GoGet: Contohnya, GoGetter meminta penerima bertemu di kenderaan dan enggan membantu memunggah walaupun pilihan “Parking required” telah dipilih.
- Senario lain bergantung kepada pentadbiran GoGet.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.