Anda perlu melaporkan pekerjaan jika anda menghadapi masalah seperti waktu kerja yang dilanjutkan, pembatalan oleh poster pada saat-saat terakhir, perjalanan jarak tambahan, perubahan dalam skop kerja, dan sebagainya.
Langkah 1 Klik butang 'Report' di penjuru kanan atas. |
|
Langkah 2 Pilih sebab laporan yang betul mengikut isu yang anda hadapi. Untuk sesetengah sebab laporan, anda dikehendaki untuk memilih Task tertentu yang anda hadapi masalah dengannya. |
|
Langkah 3 Pilih Task yang anda hadapi masalah.
Anda hanya boleh memilih satu Task untuk dilaporkan pada satu masa. Jika anda menghadapi masalah dengan beberapa Task dalam pekerjaan, sila hantar laporan lain. |
|
Langkah 4 Selepas anda memilih Task yang ingin dilaporkan, anda boleh menulis di dalam kotak teks jika anda mempunyai komen/isu lain.
Jika tiada, klik butang 'Report' dan laporan anda akan dihantar kepada GoGet Admin.
Anda telah berjaya menghantar laporan! |
|
Langkah 5
Setelah laporan dihantar, sila semak 'My Tickets' melalui Help & Support untuk melihat respons daripada GoGet Admin.
*Anda boleh menyertakan bukti sokongan tambahan, seperti tangkapan skrin mesej dan rekod panggilan, sebagai respons.
|
Baca: Bagaimanakah Cara Untuk Membatalkan Job?
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.