Completion Rate (Kadar Pelengkapan)
Tiada orang suka pembatalan yang tidak munasabah. Kami menganggap pembatalan tugasan oleh GoGetters dan Posters dengan serius kerana ia memberi kesan kepada kepercayaan pada platform ini.
Apakah Completion Rate (Kadar Pelengkapan) dan bagaimana ia dikira?
GoGetter Completion Rate =
jumlah keseluruhan tugasan yang diselesaikan dibahagikan dengan jumlah tugasan yang dituntut
Nota: Hanya 100 job terkini anda yang menyumbang kepada Completion Rate anda. Completion Rate anda dikemaskini setiap kali anda menyelesaikan atau membatalkan job.
Kenapa penting untuk mengekalkan Completion Rate yang tinggi?
Completion Rate anda mencerminkan kebolehpercayaan anda sebagai seorang GoGetter.
Bermula 23/01/2024, Completion Rate mempengaruhi kelayakan anda untuk program insentif GoGetter.
Dengan Completion Rate yang tinggi, Poster akan berasa yakin untuk menggunakan perkhidmatan anda.
Bermula 11/02/2024, mengekalkan 90% Completion Rate akan membuka peluang untuk Elite Jobs dengan kadar bayaran lebih tinggi.
Adakah pembatalan job oleh Poster mempengaruhi Completion Rate saya?
Tidak, pembatalan job oleh Poster tidak mempengaruhi Completion Rate anda. Completion Rate anda adalah berdasarkan aktiviti anda (menyelesaikan atau membatalkan job).
*Harap maklum, jika seorang GoGetter tidak dapat meneruskan job, ia adalah tanggungjawab GoGetter untuk membatalkan job tersebut. Jika didapati GoGetter meminta Poster untuk membatalkan job, ia akan mengakibatkan violation "No Show" dengan 5 Mata Demerit dan dendaan RM15.
Bagaimanakah Completion Rate saya tidak terjejas?
Contoh senario pembatalan yang tidak akan mempengaruhi Completion Rate anda:
-
Delivery
- Kelewatan lebih daripada 15 minit di lokasi kerana barang belum tersedia
- Poster menukar butiran tugasan seperti lokasi, masa selepas anda menuntut job tersebut
- GoGetter menimpa kemalangan jalan raya atau kerosakkan kenderaan (Bukti seperti laporan polis atau resit pembaikan dari bengkel diperlukan)
-
Helper
- Poster menolak anda untuk menjalankan job selepas anda menuntutnya
- Poster tidak memberi respons kepada panggilan dan mesej (Bukti diperlukan)
- Anda sakit dan tidak dapat bekerja (Bukti seperti M.C diperlukan)
*Semua pembatalan akan disiasat oleh Admin GoGet. Kerjasama anda diperlukan dan kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan lanjut mengikut GoGet’s Standard Procedures for Quality Management.
Bagaimanakah saya boleh meningkatkan Completion Rate saya?
Hanya tuntut job yang anda dapat menyelesaikan dengan yakin. Pembatalan job memberi kesan negatif kepada komuniti.
Utamakan kebolehpercayaan untuk membina reputasi positif di kalangan komuniti GoGet.
Kadar Ketepatan Masa (On-Time Rate)
1. Apakah itu Kadar Ketepatan Masa (On-Time Rate)?
Kadar Ketepatan Masa anda ialah peratusan kerja penghantaran yang berjaya diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
Contoh: Jika anda menyelesaikan 90 daripada 100 kerja mengikut masa, Kadar Ketepatan Masa anda ialah 90%.
Hanya 100 kerja terakhir yang layak akan diambil kira untuk pengiraan kadar ini. Kadar anda akan dikemas kini setiap kali anda menyelesaikan sesuatu kerja.
2. Kerja yang manakah akan diambil kira?
Buat masa ini, hanya kerja dalam kategori Delivery (Penghantaran) akan diambil kira.
3. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan kerja mengikut masa?
Anda perlu tiba di lokasi penghantaran terakhir dalam tempoh masa yang ditetapkan, iaitu selewat-lewatnya 15 minit selepas waktu tamat kerja.
Contoh: Jika waktu tamat kerja anda ialah 2:00 PM, anda perlu tiba di lokasi penghantaran terakhir selewat-lewatnya pada 2:15 PM untuk dikira sebagai penghantaran mengikut masa.
Nota:
- Tiba lebih awal juga akan dikira sebagai menepati masa.
- Bagi kerja yang mempunyai beberapa lokasi penghantaran, masa ketibaan di lokasi penghantaran terakhir akan diambil kira.
- Pastikan fungsi lokasi (Location) telefon anda sentiasa dihidupkan. Sistem akan mengesan ketibaan anda secara automatik dan merekodkan masa ketibaan tersebut.
4. Kerja yang manakah TIDAK akan diambil kira?
Sesetengah kerja tidak akan menjejaskan Kadar Ketepatan Masa anda, termasuk:
- Kerja Same-Day Flexi (kerja dengan tempoh penghantaran yang fleksibel).
- Kerja yang memerlukan anda memulangkan barang kepada pengirim.
- Kerja yang mana permohonan anda untuk melalui jarak perjalanan tambahan telah diluluskan.
- Kerja yang mana pihak Support mengesahkan bahawa kelewatan bukan disebabkan oleh kesalahan anda.
- Kerja yang anda tuntut apabila masa yang diberikan tidak mencukupi untuk anda tiba di lokasi penghantaran mengikut masa yang ditetapkan.
5. Bagaimana jika saya lewat menghantar disebabkan oleh faktor seperti kesesakan lalu lintas, cuaca buruk atau masalah penerima?
Anda perlu melaporkan kerja tersebut dalam tempoh 48 jam. Terangkan situasi yang berlaku dan sertakan bukti sokongan seperti gambar atau tangkap layar (screenshot).
Sekiranya pihak Support mengesahkan bahawa kelewatan tersebut disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dielakkan, kerja berkenaan tidak akan menjejaskan Kadar Ketepatan Masa anda.
6. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan Kadar Ketepatan Masa saya?
- ✅ Semak masa dan lokasi kerja sebelum menuntut kerja. Elakkan mengambil terlalu banyak kerja dalam satu masa.
- 🚗 Mulakan perjalanan lebih awal dan rancang perjalanan dengan mengambil kira keadaan trafik.
- 📍 Pastikan fungsi lokasi (Location) telefon anda sentiasa dihidupkan.
- 💬 Laporkan sebarang kelewatan semasa menjalankan kerja dalam tempoh 48 jam.
Ingat: Rancang perjalanan anda, tiba tepat pada masanya dan pastikan fungsi lokasi telefon sentiasa dihidupkan untuk mengekalkan Kadar Ketepatan Masa yang baik! 💪
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.