Cara-cara mencari kaunter Pendaftaran di Warehouse Ninjavan - Tekan Message ini
Sebelum Memulakan Kerja
1️⃣ Beli Safety Vest
- Anda perlu membeli Safety Vest berwarna OREN sebelum datang ke warehouse untuk bekerja
- Pemakaian Safety Vest ini adalah amat penting
- Safety Vest boleh dibeli di mana-mana kedai hardware (Anggaran harga dari RM4 hingga RM6) ATAU boleh dibeli dari Admin Agensi Pekerjaan lain yang berada di warehouse Ninjavan
2️⃣ Daftar di Kaunter Pendaftaran
- Ikut arahan seperti yang ditunjukkan dalam video.
- Bawa IC untuk tujuan pengesahan.
3️⃣ Ambil Worker Pass
- Maklumkan kepada staf bahawa anda ingin mengambil worker pass.
- Worker pass wajib untuk masuk bekerja di gudang.
- Sekiranya hilang, denda sebanyak RM10 akan dikenakan untuk penggantian.
Semasa Bekerja
4️⃣ Hadir Tepat Pada Waktu⏰
- Terutamanya pada hari pertama, sila hadir tepat waktu untuk pendaftaran.
- Lewat hadir boleh menyebabkan anda ditolak untuk bekerja.
5️⃣ Kendali Pembatalan Job dengan Betul
- Jika ditolak kerana lewat, GoGet tidak akan bertanggungjawab.
- Anda perlu batalkan job di dalam aplikasi untuk hari tersebut.
6️⃣ Selesaikan Kerja
- Keluar atau balik awal akan menyebabkan kerja anda ditanda sebagai tidak lengkap.
- Tiada bayaran akan diberikan untuk kerja yang tidak lengkap.
Nota Penting 📌
1️⃣ Bayaran Gaji
- Gaji akan dibayar pada setiap hari Rabu untuk job yang lengkap dari hari Isnin hingga Ahad pada minggu sebelumnya.
2️⃣ Kaunter Pendaftaran Tutup?
- Jika kaunter pendaftaran tutup pada hari pertama anda bekerja, PM admin bertugas.
- Maklumat admin boleh didapati pada papan merah dalam video (cari profil dengan nama huruf besar dan nombor IC).
🛠️ Patuhi garis panduan ini untuk pengalaman kerja yang lancar!
Comments
0 comments
Article is closed for comments.