1. Bolehkah platform menghalang saya bekerja dengan pesaing lain?
Tidak. Akta ini melarang mana-mana entiti kontrak daripada mengenakan sebarang syarat yang menghalang hak anda untuk membuat perjanjian dengan pihak lain.
2. Di manakah saya boleh melihat butiran perjanjian perkhidmatan saya dalam aplikasi?
Anda boleh melihat terma perkhidmatan kami di laman web kami di: GoGet Terma dan Syarat.
Di bawah Akta ini, perjanjian anda mesti menyatakan dengan jelas pihak yang terlibat, tempoh perjanjian, perkhidmatan spesifik yang perlu anda jalankan, serta kadar dan butiran pendapatan anda.
Semua maklumat ini juga boleh didapati dalam aplikasi GoGet.
3. Bagaimana dan bila saya akan dimaklumkan jika yuran/kadar untuk sesuatu kerja berubah?
Jika terdapat sebarang perubahan pada yuran atau kadar yang dipersetujui untuk sesuatu kerja, anda akan dimaklumkan terus melalui aplikasi. Ini biasanya termasuk notifikasi dalam aplikasi dan kemas kini pada halaman butiran kerja, di mana anda boleh menyemak yuran yang telah dikemas kini sebelum meneruskan kerja.
Jika anda tidak bersetuju dengan yuran yang dikemas kini, anda boleh memilih untuk membatalkan kerja sebelum ia bermula. Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel ini.
Sila maklum bahawa setelah kerja bermula, kadar yang dipersetujui tidak boleh diubah. Sebarang penyesuaian selepas itu hanya akan melibatkan perubahan tempoh kerja, seperti pengurangan atau pemanjangan jam, dan akan dikira berdasarkan kadar jam yang telah dipersetujui.
4. Bagaimana saya boleh tahu bila saya akan dibayar?
Sila rujuk artikel di sini:
5. Potongan apa yang boleh dibuat oleh platform, dan di manakah saya boleh melihatnya?
Platform boleh membuat potongan tertentu selaras dengan polisi kami, seperti penalti berkaitan pembatalan kerja, tidak hadir, atau pelanggaran lain yang digariskan dalam Sistem Mata Denda.
Untuk penjelasan lengkap tentang potongan ini dan cara menyemaknya, sila rujuk pautan di bawah:
Anda boleh melihat sebarang potongan yang dikenakan dengan pergi ke: Akaun > Sejarah Prestasi > Denda > Butiran Pelanggaran dalam aplikasi GoGet.
Jika anda rasa potongan dikenakan secara salah, anda boleh membuat rayuan melalui saluran sokongan kami. Pasukan kami akan menyemak kes anda dan memberikan maklum balas dalam 2–4 hari bekerja.
6. Apa yang boleh saya lakukan jika saya “diblok daripada menuntut lebih banyak kerja” (penyiasatan sedang dijalankan) dalam aplikasi?
Sila semak jika anda menerima notifikasi dalam aplikasi yang memaklumkan bahawa status pembayaran anda telah disekat sementara. Ini biasanya berlaku apabila sesuatu kerja sedang disiasat.
Sebab biasa termasuk isu berkaitan kerja (contoh: item rosak), penyesuaian yuran kerja (contoh: syif tidak lengkap), atau pengesahan kehadiran oleh Poster.
Penyiasatan biasanya mengambil masa 5–7 hari bekerja, dan pembayaran anda akan dilepaskan setelah semakan selesai.
Jika anda tidak pasti kerja mana yang sedang disemak, pihak kami akan menghubungi anda dalam 1–3 hari bekerja dari hari kitaran pembayaran. Sila pantau WhatsApp anda dan balas segera supaya kami boleh membantu menyelesaikan perkara ini.
Untuk maklumat lanjut, klik sini: Kenapa saya tidak terima bayaran?
Keselamatan Sosial & Perlindungan
7. Adakah saya kini dilindungi oleh SOCSO?
Ya. Penyedia platform diwajibkan memastikan pendaftaran anda di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (Self-Employment Social Security Scheme). GoGet sedang menguruskan proses integrasi ini.
8. Apa yang berlaku jika saya cedera semasa bekerja?
GoGet telah bekerjasama dengan Senang Insurance untuk menawarkan perlindungan Personal Accident semasa anda menjalankan kerja. Anda boleh memilih pelan harian atau bulanan terus dari aplikasi GoGet – Find Jobs, supaya anda sentiasa dilindungi semasa bekerja.
Untuk maklumat lanjut, klik link ini.
Comments
0 comments
Article is closed for comments.